Anda di sini

Ngap Sayot sedia gempur JDT

Advertisement

KUCHING: Pengendali skuad Sarawak, Robert Alberts mengingatkan para pemainnya agar tidak men­gulangi kesilapan tatkala berdepan dengan skuad ‘glamor’ Johor Darul Takz­im (JDT) di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Johor Baharu malam ini.

Alberts berkata, dua keka­lahan berturut-turut dialami skuadnya sebelum ini ber­punca daripada kecuaian yang tidak sepatutnya dilakukan oleh para pemain.

“Sudah menjadi lumrah pemain-pemain melakukan kesilapan dalam perlawanan bola sepak. Namun, sangat penting bagi mereka meny­edari dan belajar daripada kesilapan lalu agar tidak beru­lang,” katanya semalam.

Menurutnya, pemain-pe­main memperagakan per­mainan yang baik namun kesi­lapan yang tidak sepatutnya dilakukan membawa padah kepada pasukan kita.

Mengulas pertemuan den­gan JDT malam ini, Alberts sekali lagi mengingatkan pemain bahagian pertahanan agar lebih fokus dan ‘men­gunci’ setiap ruang daripada dibolosi lawan.

“Saya melihat pada per­lawanan lalu, jentera perta­hanan kita kerap bermain jauh ke atas dan ini memu­dahkan pemain-pemain la­wan menyelinap masuk ke kawasan kita.

“Selain itu, saya juga mahu jentera penyerang kita lebih agresif melakukan hantaran dengan lebih kemas. Paling penting jangan mensia-siakan setiap peluang yang ada,” katanya.

Di atas kertas, Alberts mengakui kelebihan berpihak kepada skuad kendalian Bojan Hodak apatah lagi bermain di kubu keramat mereka sendiri (Stadium Johor).

“Kita tahu JDT pasukan yang cukup istimewa kerana dibarisi ramai pemain kebangsaan yang berprofil tinggi. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak dapat dikalahkan. Beberapa keputusan perlawanan mereka sebelum ini jelas membuktikan pasukan itu mampu dite­waskan,” katanya.

Menurut Alberts, dua keka­lahan sebelum ini banyak mengajar anak-anak buahnya dan mereka cukup bersedia untuk mencipta kejutan pada perlawanan malam ini.

Sarawak sekali lagi meng­harapkan tuah daripada dua penyerang import baharu iaitu Ryan Alan Griffiths dan Has­san Mohamad untuk merobek gawang lawan sekali gus mem­bawa pulang tiga mata penuh.

Kedua-dua pemain im­port itu belum memperlihat keserasian sebenar ketika Sarawak tewas mengejut 2-0 di pangkuan Selangor di Sta­dium Negeri, Selasa lalu.

Turut dijangka diturunkan ialah pemain pertahanan, Hai­rol Mokhtar yang disahkan cergas sepenuhnya.

Advertisement