Anda di sini

Tiga ahli SUPP mohon CWC tarik balik arahan pemecatan

Advertisement

SARIKEI: Tiga ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang dipecat daripada keahlian parti memohon pihak Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) SUPP menarik balik arahan terbabit.

Ahli terbabit ialah Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Kaunselor Chan Pan Chan, Penghulu Sia Jii Ming dan Kapitan Wong Yew Nung.

Pengerusi MDS Kaunselor Chan Pan Chan ketika mengulas mengenai tindakan tersebut kepada media berkata, sewajarnya keputusan pemecatan tersebut tidak dibuat dengan melulu.

“Kami bertiga telah menerima surat pemecatan daripada CWC pada 22 Mac yang lalu. Sewajarnya tindakan pemecatan ini ditangguhkan atau dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya sebelum ia diputuskan.

“Ini terutama dalam usaha semua pihak menyatukan SUPP yang telah terbahagi kepada dua kumpulan.

“Sekiranya situasi atau niat ini diteruskan, kita yakin pe-rasaan tidak berpuas hati atau konflik dalaman ini tidak akan mampu dijernihkan.

“Kita berharap pihak CWC parti dapat mempertimbangkan tentang perkara ini, sebelum perkara yang lebih rumit berlaku lagi kepada parti ini,” kata Chan, semalam.

Ketidakpuasan hati terhadap keputusan yang telah diambil oleh CWC terhadap tiga ahli terbabit turut di-sokong oleh sekitar 50 ahli SUPP Cawangan Sarikei yang lain.

Justeru dengan pembata-lan pemecatan tersebut juga, Chan berharap usaha semua pihak yang ingin menyelamatkan parti tertua di Sarawak itu dapat direlisasi-kan dengan jayanya tanpa ada sebarang perasaan negatif dan tidak berpuas hati daripada semua pihak, khususnya ahli parti.

“Kami berharap pihak CWC dapat mempertimbangkan semula dan menarik balik surat pemecatan yang telah dikeluarkan kepada kami bertiga,” ujar Chan lagi.

 

 

 

 

 

Advertisement