Anda di sini

STB baris 32 peserta sertai BIM

Advertisement

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) membariskan 32 peserta menyertai perlumbaan edisi Ke-7, Marathon Antarabangsa Borneo (BIM) 2014.

Acara massa yang melibatkan penyertaan lebih 5,000 peserta dari seluruh dunia itu akan bermula dan tamat di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 4 Mei depan.

Dimaklumkan, STB menunjukkan peningkatan prestasi penyertaan di mana enam peserta akan menyertai larian Marathon Penuh sejauh 42 kilometer (km), tujuh peserta menyertai Separuh Marathon (21km) sambil yang lebihnya menyertai Larian 10K (10km).

Program anjuran Kinabalu Running Club (KRC) itu meletakkan sasaran 7,777 penyertaan pada tahun ini.

 

Advertisement