Anda di sini

Sindiket curi tayar, rim kenderaan tumpas

Advertisement

BAHAN BUKTI: Mohd Said (kanan) bersama pegawai dan anggota polis Bintulu menunjukkan rim, tayar dan beberapa barang lain yang dicuri, semalam.

BINTULU: Polis Bintu­lu berjaya menumpaskan sindiket curi tayar, rim serta komponen kenderaan yang berleluasa di bahagian ini dengan penangkapan tiga suspek di dua tempat berasingan pada 23 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Dae­rah Bintulu DSP Mohd Said Ibrahim berkata, tangkapan pertama membabitkan lelaki berusia 27 tahun, berbangsa Sikh pada jam 2.15 pagi hari berkenaan di tepi jalan berha­dapan Mardiah Resort Jalan Bintulu-Tatau.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu sus­pek, katanya, polis menemui beberapa peralatan membuka tayar.

“Susulan itu, kami berjaya memberkas dua lagi lelaki berbangsa Cina dan Kayan serta merampas sebuah ken­deraan jenis Toyota Vios pada hari yang sama, jam 3.15 pagi,” ujarnya pada sidang media di Balai Polis Pusat di sini, semalam.

Mohd Said berkata, ken­deraan itu dilaporkan hilang di Tanjung Batu pada 22 Mac lalu, jam 5.45 petang dan pemeriksaan turut menemui peralatan membuka tayar, nat dan komputer riba.

“Diikuti pada hari yang sama jam 3.35 pagi, kami menjalankan pemeriksaan dan serbuan ke atas sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sebiew dan menangkap dua lelaki Cina berumur 35 dan 39 tahun, selain seorang wanita berumur 35 tahun di premis itu.

“Beberapa barang turut dirampas membabitkan 27 beg baja, sembilan unit bateri pencawang telekomunikasi, tiga unit bateri lori, satu unit enjin bot, lima unit rim dan tayar Toyota, empat unit rim dan tayar Mitsubishi, dua unit rim tanpa tayar.

“Turut dirampas empat unit tayar tanpa rim, satu unit rim dan tayar, satu unit bampar Hilux, enam unit tong gas, tiga tin cat, satu unit pam diesel, satu unit komputer riba, satu unit gergaji beran­tai, satu unit pemanas air, beberapa pasang kasut dan satu unit televisyen plasma,” jelasnya.

Beliau berkata, polis per­caya kesemua barang itu adalah barang curi dalam kejadian pecah rumah yang berlaku di sekitar Bintulu.

Ujarnya, hasil siasatan pada jam 4.35 petang 26 Mac, polis melancarkan serbuan ke atas sebuah kedai tayar  dan merampas enam unit tayar, empat unit rim dan dua unit tayar yang diper­cayai mempunyai kaitan dengan kejadian kecurian tayar dan rim yang berlaku di Bintulu.

“Hasil tangkapan ke atas enam orang tersebut, mereka ada membuat pen­gakuan terlibat dalam curi tayar kenderaan dan pecah rumah,” katanya sambil menambah tiga yang bekerja di bengkel itu bukan anggota sindiket.

Menurutnya lagi, tayar yang dicuri itu dikatakan akan dijual kepada orang yang ingin membelinya pada harga murah.

Mohd Said menjelaskan, tiga suspek pertama kini di­tahan reman empat hari dan akan disiasat berkaitan 21 kes kecurian tayardan rim kend­eraan di sini di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

“Saya percaya kumpulan ini telah beroperasi selama sebulan dan penangkapan suspek setidak-tidaknya da­pat membanteras kes curi rim dan tayar termasuk kenderaan dan pecah rumah di bahagian ini,” katanya.

Di bawah Seksyen 411 Ka­nun Keseksaan mereka yang mengetahui dengan membeli dan menyimpan barang curi sabit kesalahan boleh dipen­jara lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, penangka­pan suspek itu adalah hasil laporan mangsa membabitkan 21 kes kecurian tayar dan komponen kenderaan sejak 1 Mac lalu semasa kenderaan ditinggalkan untuk beribadat di sebuah gereja di sini.

Advertisement