Anda di sini

Liverpool makin desak Chelsea

Advertisement

TEPAT KE SASARAN: Sturridge (kanan) merembat kencang melepasi pemain pertahanan Sunderland, Wes Brown untuk menjaringkan
gol kedua buat pasukannya pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas. — Gambar AFP

LONDON, England: Liverpool meningkatkan peluang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabi la menghampi r i pendahulu liga, Chelsea dengan kurang satu mata selepas menewaskan Sunderland 2-1 di Anfield Rabu lepas.

Tendangan percuma cantik Steven Gerrard membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-39 sebelum Daniel Sturridge menambah jaringan pada awal separuh masa kedua tetapi gol lewat Ki Sung-yueng mencemaskan Liverpool, yang bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengutip tiga mata penuh.

Ia adalah kemenangan ketujuh berturut-turut buat anak buah Brendan Rodgers dan memintas Manchester City untuk naik ke tangga kedua liga tetapi lebih dua perlawanan berbanding City.

“Ia sentiasa perlawanan yang sukar,” kata Rodgers.

“Sunderland bermain dengan formasi 3-5-2 dan dalam separuh masa pertama, kami terpaksa bermain dengan sabar tetapi ia satu lagi prestasi ter- baik pasukan.

“Kami adalah pasukan yang semakin meningkat.

Kami berada di tangga kedua, sesuatu yang hebat tetapi ia bergantung kepada pasukan lain untuk tewas.

Jadi kami akan terus bekerja- keras.

” Sunderland kekal di tangga ketiga dari bawah liga, tiga mata dari zon selamat tetapi dengan kurang satu perlawanan berbanding dua pasukan di hadapannya.

Ketika Liverpool menurunkan skuad yang s ama yang menewaskan Cardiff City 6-3 minggu lepas, pengurus Sunderland, Guy Poyet mengambil risiko menurunkan lima pemain pertahanan dalam usaha untuk menangani jentera serangan berbisa pasukan tuan rumah.

Dan taktik itu pada awalnya berjaya mengekang asakan Liverpool, yang hanya mampu melakukan beberapa cubaan dari jarak jauh atau dari hujung kotak penalti oleh Philippe Coutinho, Luis Suarez dan Joe Allen.

Mereka bagaimanapun mendapat bantuan sebelum rehat apabila pemain pertahanan Sunderland, Santiago Vergini memberikan satu tendangan percuma kepada Liverpool ekoran kekasaran ke atas Suarez di luar kotak penalti.

Vergini juga bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning kerana beliau adalah pemain terakhir pasukan (bukan penjaga gol) dan kesalahannya adalah kesalahan kad merah.

Gerrard menyempurnakan tendangan percuma untuk meletakkan Liverpool di hadapan.

Sunderland cuba bangkit tetapi satu cubaan Connor Wickham berjaya ditepis penjaga gol Liverpool, yang juga bekas penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet tetapi Sturridge meletakkan Liverpool selesa dengan dua gol di hadapan, tiga minit selepas rehat.

Ia adalah gol ke-20 Sturridge musim ini, menjadikan beliau dan Suarez – yang mendapat jolokan ‘SAS’ oleh media British – adalah gandingan ketiga yang menjaringkan 20 gol atau lebih dalam Liga Perdana sejak 1992.

Sunderland kelihatan hilang rentak tetapi selepas Mannone menepis cubaan Suarez, Coutinho dan juga Sturridge, Lee Cattermole mencemaskan Liverpool apabila rembatannya terkena palang.

Sturridge juga gagal menambah gol kedua peribadi apabila rembatannya terkena palang seminit kemudian sebelum Ki merapatkan kedudukan ketika berbaki 14 minit permainan tetapi Liverpool berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Pada perlawanan lain, West Ham United menewaskan Hull city 2-1 di Upton Park untuk menamatkan tiga kekalahan berturutturut dan mengurangkan kebimbangan penyingkiran dari liga.

Mark Noble meletakkan West Ham di hadapan dari satu tendangan penalti pada minit ke-26 di mana penjaga golnya, Allan McGregor dibuang padang kerana kekasaran ke atas Mohamed Diame.

Nikica Jelavic menyempurnakan tendangan percuma Tom Huddlestone pada awal separuh masa kedua untuk mengikat kedudukan tetapi gol sendiri James Chester pada minit ke-54 menghadiahkan kemenangan West Ham.  — AFP

Advertisement