Anda di sini

Hong Kong Gem adakan pameran berlian dan permata

Advertisement

KUCHING: Hong Kong Gem Sdn Bhd (Hong Kong Gem) akan mengadakan pameran di Hotel Hilton di sini yang bakal menawarkan pelbagai koleksi terkini berlian dan permata.

Acara tersebut bakal menyaksikan pameran berlian dan batu permata terbaharu yang mempunyai rekaan yang sangat indah dan direka khas bagi memenuhi permintaan rekaan yang paling digemari.

“Kekuatan dan daya asas kami bergantung kepada semangat kami untuk mereka barangan yang menekankan kualiti, di mana kami dapat menyampaikannya terus kepada pelanggan pada harga yang berpatutan,” kata Pengarah Eksekutif Hong Kong Gem Chan Chooi Chooi dalam kenyataan akhbar.

Beliau menambah, pakar pengukir syarikat itu juga telah meletakkan usaha tinggi dan daya kreativiti sepenuhnya dalam menghasilkan setiap satu rekaan berlian dan permata bagi memukau pencinta barangan kemas.

Selain diurus selia dan diasaskan oleh pengusaha berpengalaman, syarikat itu juga menyasar untuk menawarkan barangan kemas pada harga yang mampu dimiliki sesiapa sahaja tanpa mengambil kira tahap kualiti yang bernilai tinggi.

Hong Kong Gem yang semakin meningkat naik di pasaran juga menyasarkan untuk menjadi pengilang dan pemborong barangan kemas bermula dari pasaran sederhana hingga pasaran yang lebih tinggi.

“Sementara itu, bagi memudahkan urusan jual beli oleh pelanggan, kami juga ada menawarkan perkhidmatan bank dalam menyediakan skim pembayaran mudah,” tambahnya.

Maklumat lanjut mengenai tawaran disediakan Hong Kong Gem, boleh menghubungi 012-6662223.

Advertisement