Anda di sini

Gadis dipaksa kahwin lelaki pilihan keluarga nyaris maut minum racun

Advertisement

BAU: Seorang gadis nyaris maut selepas dikatakan meminum racun rumpai di ru­mah ibu saudaranya di Jalan Jambusan di sini, petang kelmarin.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu diper­cayai nekad bertindak sedemikian ekoran kecewa selepas dia dikatakan enggan berkahwin dengan seorang lelaki yang dijodohi oleh keluar­ganya.

Menurut ibu sau­daranya yang enggan dikenali, mangsa lari dari rumah keluar­ganya di Simunjan dan tinggal bersama den­gannya sejak beberapa bulan lepas sehingga dia berkenalan dengan seorang lelaki berusia 19 tahun.

Hasil perkenalan tersebut, mangsa te­lah bersetuju untuk tinggal dengan lelaki berkenaan, namun tid­ak bertahan lama apa­bila dikatakan sering dipukul menyebabkan dia kembali ke rumah ibu saudaranya itu se­jak dua bulan lepas.

Sekitar jam 3 petang  kelmarin, mangsa dika­takan mengurung dir­inya di dalam tandas dan setelah didesak oleh ke­luarganya, dia kemudian keluar dengan keadaan mulut berbuih dan peng­san selepas itu.

“Melihat keadaan dia sedemikian, kami kemu­dian segera mendapatkan bantuan dan dia (mangsa) telah dikejarkan ke Hos­pital Bau sebelum dirujuk ke sini (Hospital Umum Sarawak) untuk rawatan lanjut.

“Mujur saya difaham­kan, dia (mangsa) hanya mengambil racun terse­but dalam kuantiti yang sedikit dan dia kini berada dalam keadaan stabil,” kata ibu saudaranya.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam masih menerima rawatan di HUS.

Advertisement