Anda di sini

Dua maut, tiga cedera kemalangan ngeri

Advertisement

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

TAWAU: Dua maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan ngeri di Kilometer 65 Jalan Tawau-Kunak kira-kira jam 7 pagi Rabu lepas melibatkan sebuah kereta dan lori treler.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, dua yang maut, pemandu kenderaan Abdul Razak Kamarudin, 47, penumpang belakang Ahmad Syaffawie Hamid, 16.

“Razak meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di dada dan kepala, manakala Ahmad yang cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Kunak.

“Kedua-dua mangsa menaiki kereta Proton Iswara bersama tiga lagi cedera iaitu Nurhazra Usop Ladja, 39, Nurul Ezza Ezana Abdul Razak, 2, dan Sirian Julijin, 5.

“Nurhazra dan Nurul cedera ringan di kaki dan tangan, sementara Sirian cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan,” katanya di sini kelmarin.

Awang berkata, kesemua mangsa terbabit menaiki kenderaan sama dalam perjalanan dari Sandakan sebelum cuba memintas kenderaan di hadapan semasa berada di selekoh jalan.

Bagaimanapun, beliau berkata kenderaan terbabit bertembung dengan lori treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan ngeri terbabit berlaku.

“Kita meminta kerjasama orang awam khususnya saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat dengan menghubungi IPD Tawau di talian 089-752222 atau balai berdekatan.

“Siasatan kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fairdul Mohamed Yusof dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Advertisement