Anda di sini

Belum masa komen isu perdamaian: Wong

Advertisement

Oleh Patricia Gari

 

KUCHING: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berkata belum tiba masanya untuk beliau memberi sebarang kenyataan berhubung isu perdamaian antara kumpulannya dengan kumpulan Tan Sri Peter Chin.

Beliau yang dihubungi semalam dengan ringkas berkata: “Buat masa ini saya tidak akan memberi sebarang komen berhubung perkara ini…tunggu sehingga tiba masa yang sesuai, saya akan beri kenyataan.”

Usaha untuk mendapatkan komen daripada wakil puak Chin gagal kerana Setiausaha Agung SUPP Profesor Dr Sim Kui Hian tidak dapat dihubungi.

Selasa lepas Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dalam satu majlis di Mukah meluahkan rasa gembiranya kerana kedua-dua pihak yang bertelagah dalam parti itu bersedia untuk berdamai.

Pada majlis itu juga Adenan mahu Chin yang merupakan presiden parti itu dan Wong bermaaf-maafan atas sema-ngat BN.

“Demi SUPP Peter Chin dan Wong Soon Koh sedia untuk berdamai dan bersatu padu semula.

“Masyarakat Cina sudah jemu dan letih tengok pe-mimpin-pemimpin mereka bergaduh. Cukup-cukup-lah,” katanya berucap pada majlis yang turut dihadiri kedua-dua pemimpin itu.

SUPP berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya jika Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak berpuas hati dengan jawapan surat tunjuk sebab yang di-kemukakan kepada jabatan itu pada Januari lepas.

Manakala dua cawangan parti tersebut, Piasau dan Bekenu telah dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar perlembagaan parti dalam proses pemilihan di peringkat cawangan pada 2011.

SUPP berpecah kepada dua kumpulan, menjelang Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Disember 2011, Wong memimpin satu kumpulan manakala satu lagi dipimpin Chin.

Advertisement