Anda di sini

Beetex Home Centre tawar harga terendah produk terpilih Dreamland

Advertisement

KUCHING: Beetex Home Centre yang terletak di Lot 217, Jalan Tabuan di sini bermula hari ini hingga 30 Mac menawarkan harga terendah bagi beberapa produk terpilih jenama Dreamland.

Justeru, orang ramai di sini yang ingin memiliki katil idaman serta set tidur lain boleh segera mengunjungi Beetex dari jam 10 pagi hingga 8.30 malam pada Isnin hingga Sabtu manakala waktu dibuka pada Ahad adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Menurut Pengurus Jualan Kawasan Dreamland Corporation (Malaysia) Sdn Bhd Bernard Chin, tawaran utama adalah bagi tilam Dreamland Optima di mana ia ditawarkan pada harga diskaun 50 peratus serta rebat jual beli sebanyak RM300.

“Kami menawarkan tilam Dreamland Optima 5’ pada harga serendah RM1,190 manakala Dreamland Optima 6’ serendah RM1,390 dan pembeli juga akan diberikan bantal secara percuma,” katanya.

Selain itu, katanya ialah tilam Dreamland Resta Elegance 5’ yang ditawarkan pada harga RM669 sahaja.

Produk lain yang turut ditawarkan ialah set katil  istimewa dengan harga serendah RM1,099.

Bernard menambah Beetex turut menawarkan diskaun 60 peratus bagi tilam Dreamland Vintage Touch Pocketed Spring dan rangka katil PWP Edisi Istimewa yang dijual pada setengah harga iaitu RM1,463.

Advertisement