Anda di sini

Atlet taekwondo diharap setia kepada kelab mereka: Thomas

Advertisement

SIBU: Pengerusi Lembaga Pengadil Persatuan Taekwondo Sarawak (STA), Thomas Tang menginga tkan a t l e t taekwondo agar menanam perasaan setia kepada kelab mereka.

Katanya, mereka perlu terus setia dan bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh kelab untuk mereka.

“Berjuang bersama dan terus setia kepada yang membantu membimbing dan membentuk anda menjadi orang yang lebih baik dan berani.

Hanya cara sedemikian dapat membantu membalas apa yang telah dilakukan kelab untuk anda, ” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Taekwondo Sri Sibu, malam kelmarin.

Tanpa berselindung, Tang mengakui beliau sangat kecewa dengan t indakan dua orang pelajarnya beralih angin dengan menyertai kelab taekwondo lain.

Begi tupun, bel iau tidak menyalahkan tindakan kelab berkenaan yang ‘merebut’ pelajarnya.

Beliau berasa kesal kerana tindakan keduadua pelatih beralih ke kelab lain menyebabkan mereka hilang kelayakan mewakili negeri dan negara pada kejohanan seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik.

“Hanya kerana tersalah membuat pilihan, impian mereka selama ini terkubur begitu sahaja,” jelas beliau.

Menurut Tang, manamana kelab taekwondo yang tidak bergabung dengan Taekwondo Malaysia (TM) tidak boleh menghantar pelatihnya menyertai kejohanan dianjurkan TM.

Beliau juga mengingatkan pengetua sekolah, guru dan ibu bapa supaya memainkan peranan penting memastikan pelajar atau anak-anak mereka tidak terpedaya dan menyertai kelab yang tidak berdaftar dengan TM.

 

Advertisement