Anda di sini

Ribuan penerima BR1M banjiri Stadium MBKS

Advertisement

KUCHING: Ribuan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kumpulan ketiga dari kawasan Parlimen Stampin semalam membanjiri Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) seawal jam 8.30 pagi lagi.

Proses pengagihan yang bermula dari jam 9 pagi dan berakhir jam 4 petang itu tidak membataskan warga kota untuk mengambil baucar masing-masing sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang laluan di Jalan Pending menuju ke stadium itu.

Anggota polis turut ditugaskan membantu mengawal keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan bagi memastikan kelancaran proses pengagihan baucar BR1M kepada penerima yang layak.

Sementara itu, penerima wang BR1M kumpulan pertama dan kedua dari Parlimen Bandar Kuching dan Stampin yang belum mengambil baucar BR1M bolehlah berbuat demikian pada hari ini (27 Mac) bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang di Stadium MBKS, di sini.

Berdasarkan rekod, sejumlah 11,957 penerima yang berdaftar di kawasan Parlimen Stampin layak menerima wang BR1M.

Advertisement