Anda di sini

Lebih 120 objek berpotensi dikesan

Advertisement

PENJELASAN: Hishammuddin (tengah) menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media mengenai pencarian pesawat MH370 di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Sejumlah 122 objek berpotensi yang mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang dikesan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Austalia, menerusi imej-imej baharu satelit.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) kelmarin menerima imej baharu satelit, yang diambil pada 23 Mac, daripada Airbus Defence and Space yang berpangkalan di Perancis.

“MRSA menganalisis imej-imej itu dan – dalam satu kawasan lautan yang berukuran 400 kilometer persegi – mampu mengenal pasti 122 objek berpotensi.

“Sesetengah objek adalah sepanjang satu meter, yang lain ada sepanjang 23 meter. Ada di antara objek itu kelihatan terang, kemungkinan menunjukkan bahan yang padu,” katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan terkini pencarian pesawat yang hilang itu di sini, semalam.

Beliau berkata penemuan MRSA itu segera dihantar ke Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth kelmarin. — Bernama

Advertisement