Anda di sini

28 PATI diberkas di tapak pembinaan

Advertisement

MIRI: Dua wanita antara 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya diberkas oleh sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan ke atas sebuah tapak pembinaan di Desa Murni, Permyjaya di sini pagi semalam.

Daripada jumlah itu, 27 orang merupakan warganegara Indonesia, manakala seorang lagi berasal dari Filipina.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis dari Batalion 12 PGA Miri melancarkan serbuan ke atas tapak pembinaan perumahan terbabit.

Dalam serbuan itu, polis telah menahan seramai 28 orang warga asing untuk tujuan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati ada di kalangan warga asing terbabit yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan permit kerja sah.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Advertisement