Anda di sini

Rhinos yakin pertahankan gelaran juara ragbi

Advertisement

MIRI: Pasukan ragbi Miri, Rhinos yakin mempertahan gelaran juara pada Kejohanan Liga 15 Sebelah Kesatuan Ragbi Brunei Darussalam (BRFU) tahun ini.

Pasukan berkenaan bakal menentang Sharks di Brunei pada 29 Mac ini pada perlawanan seterusnya yang masuk pada minggu ketiga.

“Kita akan cuba mempertahan kejuaraan dalam liga walaupun tidak dinafikan menerima saingan sengit dan hebat daripada pasukan lain,” kata ketua pasukan Miri Rhinos, Goh Kiing King di sini semalam.

Walaupun kalah dalam dua perlawanan sebelumnya, beliau tetap bersemangat dan yakin akan berjaya pada perlawanan Sabtu ini.

Menurut Goh , keyakinan berkenaan adalah berdasarkan sesi latihan intensif dan komprehensif yang dijalankan oleh pasukannya.

Mengenai perlawanan Sabtu ini di Kompleks Sukan Sungai Kebun, Brunei dan Muara bermula pada jam 8 malam.

Rhinos adalah satusatunya pasukan dari Sarawak yang beraksi dalam liga menentang pasukan lain dari Brunei termasuk Sharks, Phythons , Bandar Blacks dan Knights.

Pendedahan perlawanan bertaraf antarabangsa ini bagi memberi pengalaman dan kelebihan menghadapi Piala Presiden di Sarawak yang dijangka diadakan pada Jun nanti.

 

Advertisement