Anda di sini

Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan BN

Advertisement

MUKAH: Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana selama ini tiada pihak lain membantu rakyat selain BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, rekod cemerlang kerajaan BN terbukti mampu membawa perubahan dan pembangunan berterusan kepada rakyat negeri ini.

Justeru, kerajaan BN sentiasa mengotakan janji termasuk pemberian pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang membuktikan kesungguhan kerajaan membantu rakyat.

“Jangan kita memikirkan bahawa kerajaan BN tidak mengambil berat kebajikan rakyat, sebaliknya mampu melakukan semua,” katanya pada Pertandingan Memancing di Kampung Suyong, Balingian semalam.

Seramai 15 belia dan beliawanis dari kampung berkenaan mengambil bahagian pada pertandingan yang diadakan di sungai kampung terbabit.

Dalam pada itu, Simoi turut menggesa rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian agar memberi sokongan penuh kepada calon BN, Yussibnosh Balo pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian.

“Sokongan rakyat kepada calon ini merupakan penentu kepada pembangunan yang berterusan di kawasan Balingian,” katanya.

Advertisement