Anda di sini

PKR S’wak adakan kempen untuk calonnya Abdul Jalil Bujang

Advertisement

MUKAH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak akan mengadakan kempen untuk calonnya Abdul Jalil Bujang dengan mengadakan siri ceramah serentak di lokasi yang berbeza.

Sepuluh penceramah PKR, DAP dan PAS yang hebat termasuk Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Tan Sri Khalid Ibrahim akan berada di sini untuk memberi ceramah di kampung-kampung, rumah panjang dan bandar Mukah.

“Kami akan pergi untuk setiap undi tunggal. PKR bermaksud keadilan dan itulah yang kami mahu bawa ke Balingian dan Mukah, “ kata Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How.

Pengarah Kempen Pilihan Raya PKR Balingian yang menyifatkan penilaian kemajuan kempen parti itu sebagai ‘positif dan berhati-hati’.

“Penilaian itu adalah adil. Saya rasa kempen kami memberi mesej yang kuat untuk pengundi yang sedar bahawa PKR hanya mahu keadilan untuk Balingian dan rakyat,” katanya pada sidang media di bilik operasi parti itu di Boulevard Setia Raja semalam.

Beliau berkata jika Jalil menang, calon yang berasal dari Kampung Lintang itu pasti akan bergerak kembali di sini (Balingian) untuk berkhidmat kepada rakyat secara sepenuh masa dengan memastikan kerajaan BN ‘tunai semua cek lewat tarikh’.

Sementara itu Pengerusi PKR Krian Ali Biju menggesa para pemimpin BN tidak menyalahgunakan pemimpin masyarakat dengan menjadikan mereka sebahagian daripada jentera BN.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Abdul Rafidin menggesa kerajaan untuk membina semula dua jambatan kampung di Balingian iaitu jabatan di Kampung Baru yang usang dan memberi risiko tinggi kepada pengguna.

“Kedua-dua jambatan walaupun dalam bentuk yang tidak baik masih digunakan setiap hari oleh penduduk kampung. Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila waktu malam,” kata Rafidin.

Dengan itu, beliau menggesa kerajaan membina kedua-dua jambatan secepat mungkin untuk memastikan keselamatan penduduk kampung.

Ketua Pemuda PKR Negeri Ahmad Nazib Johari pula menekankan dilema yang dihadapi penduduk Kampung Tutus Hulu apabila substesen telah dibina kurang daripada lima meter dari kediaman penduduk.

“Setiap kali hujan lebat akan terdapat kebocoran kuasa yang mengganggu bekalan elektrik iaitu litar pintas di kawasan tersebut.

“Penduduk kampung telah meminta agar ia ditambah baik sejak 20 tahun lepas namun tidak pernah ada maklum balas sehingga sekarang,” kata Nazib.

Advertisement