Anda di sini

Pengagihan BR1M kepada kumpulan kedua dari Parlimen Stampin hari ini

Advertisement

KUCHING: Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kumpulan kedua penerima dari kawasan Parlimen Stampin akan diadakan hari ini.

Penerima akan dapat mengambil baucar BR1M mereka di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu, hujan awal pagi semalam tidak menghalang kumpulan kedua penerima BR1M dari kawasan Parlimen Bandar Kuching, daripada mengambil baucar BR1M di Stadium MBKS di sini.

Penerima yang mula beratur sejak jam 8.30 pagi lagi dibenarkan mengambil baucar BR1M mereka pada kira-kira jam 9 pagi.

Kehadiran anggota RELA di pusat pengagihan banyak membantu memastikan kelancaran proses pengagihan.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pertama dan kedua penerima BR1M dari Bandar Kuching dan Stampin dikatakan belum menerima baucar BR1M masing-masing.

Mereka turut dinasihati untuk mengambil baucar di Pejabat Residen Kuching bermula 27 Mac dari jam 9 pagi hingga 12 tengah dan 2 petang hingga 4 petang.

Berdasarkan rekod, terdapat sejumlah 6,728 penerima BR1M di kawasan Parlimen Bandar Kuching manakala kawasan Parlimen Stampin mempunyai 11,957 penerima.

Advertisement