Anda di sini

Parlimen rakam ucapan takziah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat semalam merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata negara menerima perkhabaran yang amat menyedihkan dan berharap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tabah dan cekal menerima takdir yang ditentukan.

“Saya bagi pihak anggota Dewan Rakyat dan Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370.

“Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya sebelum sesi persidangan Dewan Rakyat dimulakan di sini.

Pandikar Amin kemudian meminta anggota Parlimen berdiri sambil menghadiahkan al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.

Dalam sidang akhbar malam kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. — Bernama

Advertisement