Anda di sini

Institut Kimia Malaysia Cawangan Sarawak mempunyai AJK baharu

Advertisement

KUCHING: Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak membuka satu lagi lembaran baharu apabila pasukan baharu ahli-ahli jawatankuasanya ditubuhkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Cawa-ngan Ke-28 baru-baru ini.

Pemilihan ahli jawatankuasa ba-haru yang disaksikan oleh Presidennya Datuk Dr Soon Ting Kueh me-nyaksikan Dr Alvin Chai Lian Kuet daripada Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok dipilih sebagai pengerusi IKM Sarawak untuk penggal kedua.

Penolong Dr Alvin kemudian me-nyaksikan pemilihan muka baharu iaitu Dr John Chan Sung Tong daripada Chemsain Konsultant manakala Hazalinawati Zailani daripada Jabatan Kimia Kuching dilantik sebagai setiausaha agung baharu dengan dibantu oleh Haneefa Aniza Hassan daripada Solidium Sdn Bhd.

Dr Tay Meng Guan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula dipilih sebagai bendahari dengan dibantu Dr Sim Siong Fong juga daripada UNIMAS.

Lima ahli jawatankuasa baharu ialah Profesor Dr Lau Seng (UNIMAS), Sim Hang Thiew (Chemsain Konsul-tant), Nigel Lim Poon Tek, Profesor Madya Dr Zainab Ngaini (UNIMAS) dan Dr Dias Linton (Perunding Linton Kimia) manakala Chan Woon Peng (Chemsain Konsultant) bertindak sebagai penasihat.

“2013/2014 telah menjadi tahun yang sibuk bagi IKM Sarawak di mana kami telah berjaya meng-anjurkan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan kesedaran awam, penghargaan dan kemajuan kimia kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah dan universiti,” kata Dr Alvin menerusi satu kenyataan.

Bagi tahun 2014 / 2015, Dr Alvin berkata antara aktiviti yang dirancang IKM Sarawak ialah Ceramah Kerjaya, Ceramah Awam, Kursus Keselamatan Makmal dan Kemahiran Asas Juruteknik Makmal.

Di samping itu, Karnival Kimia juga akan dianjurkan untuk sekolah-sekolah menengah di daerah Padawan manakala acara lain yang dirancang termasuk Perhimpunan Ahli Kimia dan Malam Kimia.

Justeru, sesiapa yang berminat menyertai IKM Sarawak boleh menghubungi Dr Alvin di talian 082-614876 atau e-mel [email protected] atau layari laman sesawang www.ikm.org.my.

Advertisement