Anda di sini

TEKUN lulus RM2.98 bilion pinjaman sehingga kini

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2.98 bilion pinjaman telah diluluskan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sejak 1998, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu, semalam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah berkenaan melibatkan 280,775 peminjam yang terdiri daripada usahawan kecil.

“Daripada jumlah peminjam berkenaan, 61.6 peratus atau 172,957 orang merupakan usahawan belia yang membabitkan nilai pinjaman RM2.29 bilion.

“Mereka ini mempunyai rekod bayaran balik yang baik menyebabkan sebahagiannya kita berikan pinjaman berulang,” katanya menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak).

Abdul Khalid ingin tahu tahap kejayaan TEKUN dalam membantu golongan belia dan sama ada jumlah pinjaman yang diberikan berpadanan dengan kejayaan atau tidak memenuhi sasaran.

Tajuddin berkata jumlah belia yang diberi pinjaman berulang ialah sebanyak  52,287 orang atau 65 peratus daripada sejumlah 80,647 usahawan yang layak mendapat pinjaman.

Katanya pinjaman berulang adalah satu bantuan sokongan agar usahawan belia dapat terus berdaya saing dalam menghadapi keadaan ekonomi kini. — Bernama

Advertisement