Anda di sini

Murid darjah empat ditemui lemas

Advertisement

BELURAN: Seorang murid lelaki darjah empat ditemui lemas selepas keluar mandi bersama seorang rakannya di sungai dekat jeti rumah rehat lama, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Superintenden Sivananthan A/L Velautham berkata, mangsa dikenali sebagai Rizlan Abdul Latif, 10, yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran ditemui lemas oleh orang ramai selepas kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang katanya, mangsa bersama seorang rakannya pergi mandi ke sungai berhampiran jeti rumah rehat lama itu.

Beliau berkata, mangsa dimaklumkan tidak pandai berenang. Mayat mangsa kemudiannya dihantar oleh pihak polis ke Hospital Daerah Beluran untuk dibedah siasat.

Advertisement