Anda di sini

Motosikal hilang dekat masjid

Advertisement

TAWAU: Sebuah motosikal berwarna merah dilaporkan hilang di hadapan Masjid Al-Firdaus, Balung Cocos, Batu 24 Jalan Apas, di sini kira-kira jam 4 pagi, Ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, pengadu adalah lelaki warga asing yang dikenali sebagai Sulaiman Hasan.

“Mangsa hanya menyedari kehilangan motosikalnya pada hari terbabit kira-kira jam 4 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Awang berkata, kes terbabit melibatkan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM5,000 melibatkan motosikal C100B terbabit yang didaftarkan di ST381 T.

Beliau berkata, orang ramai perlu memastikan sebarang jenis pengangkutan yang mereka gunakan supaya sentiasa dititikberatkan aspek keselamatan.

“Kita harap orang ramai mengambil iktibar daripada kes-kes jenayah sebegini yang kerap dilaporkan media supaya kita dapat bersama-sama memerangi jenayah,” katanya.

Advertisement