Anda di sini

Griffiths, Hassan taruhan Sarawak

Advertisement

GRIFFITHS(kiri) dan HASSAN

KUCHING: Dua pemain import baharu Ryan Griffiths dan Hassan Mohamad bakal menjadi taruhan Sarawak untuk merobek gawang Selangor yang dikemudi Farizal Marlias dalam aksi Liga Super 2014 di Stadium Negeri malam ini.

Griffiths yang berusia 32 tahun pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Australia manakala Hassan, 25, pula dilabel sebagai ‘Lionel Messi Lubnan’ oleh penyokong berdasarkan kemahiran individu tinggi dimilikinya.

D engan adanya kedua-dua pemain imp o r t tersebut, masalah penyudah tumpul yang dihadapi Sarawak sebelum ini akan berakhir.

Bagaimanapun Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum kedua-dua pemain boleh diturunkan menentang skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts ketika dihubungi semalam berkata, kedua-dua pemain itu belum pasti diturunkan menentang Selangor kerana masih belum menerima ITC.

“Jika kedua-dua pemain menerima ITC hari ini (Selasa), sudah pasti mereka berdua akan diturunkan untuk memperkuatkan pasukan terutama jentera serangan,” katanya.

Namun menurutnya, sekiranya ITC keduadua pemain belum diterima maka Sarawak akan menggunakan corak permainan seperti menentang Lions XII.

“Kalau mereka (Griffiths dan Hassan) tidak dapat diturunkan maka kita akan menggunakan taktikal seperti menentang Lions XII iaitu bermain tanpa penyerang tulen.

“Saya memang berharap kedua-dua pemain ini dapat diturunkan untuk menambah bisa serangan kita,” ujarnya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Selangor, Alberts menjelaskan, peluang untuk anak buahnya meraih kemenangan memang cerah kerana beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita tidak memandang rendah kemampuan Selangor dan mereka mempunyai permainan yang baik.

“Namun apa yang kita lihat anak buah Durakovic banyak bergantung kepada penggempur utama mereka (Paolo Rangel),” jelasnya.

Pusingan kedua Piala FA yang berlangsung 4 Februari lepas menyaksikan Sarawak menyingkirkan Selangor 1- 0 menerusi jaringan Zamri Morshidi di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

 

Advertisement