Anda di sini

SMK SHOAW A benam Kolej Abdillah 10-0

Advertisement

KUCHING: SMK SHOAW A mengalahkan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah A 10-0 dalam perlawanan akhir Lelaki B17 Pertandingan Ragbi bersempena Minggu New Zealand (NZWEEK) 2014 di Padang Merdeka Sabtu lepas.

Kemenangan itu sekaligus menebus kekecewaan SMK SHOAW yang gagal merangkul kejuaraan ragbi B18 MSSM Kuching selepas tewas kepada Kolej Abdillah minggu lepas.

Kategori Perempuan B15 menyaksikan SMK Muara Tuang A muncul juara selepas mengalahkan SMK Muara Tuang B.

Pemenang kedua-dua kategori menerima trofi, bola ragbi dan pingat.

Kesemua pasukan bertanding menerima pingat sebagai hadiah saguhati.

Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip hadir menutup pertandingan tersebut manakala Menteri Hal Ehwal Maori New Zealand Dr Pita Sharples menyampaikan hadiah.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Presiden KRFC, Azlan Borhan Mohamad.

Advertisement