Anda di sini

Penduduk terkejut jumpa lelaki berlumuran darah

Advertisement

KUCHING: Seorang penduduk Desa Wira, di sini terkejut selepas terjumpa seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumahnya, awal pagi semalam.

Dalam insiden sekitar jam 3 pagi itu, dia terjaga setelah mendengar bunyi anjing menyalak.

Dia yang melakukan pemeriksaan di kawasan dan di luar rumahnya kemudian menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa yang didapati cedera di bahagian dagu dikatakan tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika mangsa yang berusia 23 tahun itu diserang atau dilanggar oleh kenderaan.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.

Advertisement