Anda di sini

MPOA Sarawak anjur bengkel tentang tanah

Advertisement

MIRI: Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Cawangan Sarawak akan menganjurkan bengkel tentang tanah di Sarawak dan lawatan di tapak kerja, pada 22 hingga 24 April depan.

Bengkel ini akan merangkumi sesi ceramah selama dua hari dan lawatan sehari ke tapak kerja untuk profil tanah.

Bengkel tersebut dibuka kepada semua penggiat industri perladangan berkaitan termasuk para pekebun kecil.

Sementara itu, ceramah tersebut, akan dikendalikan oleh pakar berpengalaman, Dr Paramananthan A/L Selliah, yang telah membentangkan lebih 70 kertas kerja pada persidangan tempatan dan antarabangsa serta menjadi ahli kepada beberapa jawatankuasa klasifikasi tanah antarabangsa.

Sementara itu, beliau dijangka membentangkan topik tentang kaedah-kaedah terbaik bagi penanaman kelapa sawit, yang berkaitan dengan pengurusan tanah secara mapan.

Sementara itu, pihak penganjur MPOA Sarawak turut menjemput syarikat-syarikat perladangan yang berminat menghantar pengurus-pengurus dan wakil mereka serta para pekebun kecil dan persendirian.

Selain itu orang ramai yang berminat juga dialu-alukan mengambil bahagian.

Yuran untuk menghadiri seminar berkenaan ialah RM400 seorang.

Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi sekretariat di talian 085-423881/427991.

Advertisement