Anda di sini

CHMS No. 1 juara Kejohanan Judo Malaysia Timur 2014

Advertisement

KUCHING: Chung Hua Middle School (CHMS) No.1 muncul juara Kejohanan Judo Malaysia Timur 2014 selepas memenangi enam daripada lapan kategori yang dipertandingkan yang berlangsung di dewan CHMS No.1 semalam.

Kemenangan pertama CHMS No.1 diperolehi dalam kategori Perempuan B18 (60kg) menerusi Bong Li Qing yang mengalahkan rakan sepasukan Chang Bui Kin manakala Phoebe Lim dari Persatuan Judo Sarawak (PJS) sekadar berpuas hati ditempat ketiga.

Penguasaan CHMS No.1 dalam kejohanan itu diteruskan Chua Zhi Li yang memenangi kategori Lelaki B18 (73kg) juga mengalahkan rakan sepasukan Soh Yew Ing dalam per lawanan akhir.

Dickson Chin Vui Hau dari Persatuan Judo Sandakan (SJA) memenangi tempat ketiga dalam kategori tersebut.

Samuel Sia Kah Rong meneruskan rentak kemenangan CHMS No.1 selepas mudah menjuarai kategori Lekaki B18 (90kg) mengalahkan Shan Jian Cheng sementara Ng Yu Sen memenangi tempat ketiga.

Kategor i Lelaki B15 (60kg) turut menyaksikan penguasaan CHMS No.1 apabila Huong Shyang mengalahkan Lee Kang Nan dari (SJA) manakala Lee Jun Nam ditempat ketiga.

Kedua-dua acara berpasukan iaitu B15 dan B18 menyaksikan penguasaan CHMS No.1.

Pasukan jemputan, SJA turut mencuri tumpuan dengan memenangi kategori Lelaki B15 (73kg) menerusi Vincent Chin yang mengalahkan Gordon Lee dari CHMS No.1 manakala tempat ketiga disandang Tang Ying Hui juga dari CHMS No.1.

Kategori Lelaki B18 (60kg) menyaksikan Desmond Lai yang mewakili SJA muncul juara manakala Lai Li Wei (CHMS No.1) ditempat kedua dan ketiga dimenangi Tu Jia Chern.

Seramai 30 peserta yang mewakili pasukan CHMS No.1, SJA, PJS dan Chung Hua Middle School (CHMS) No.3 mengambil bahagian.

Bermula semalam (23 Mac) hingga 25 Mac, kesemua peserta akan mengikuti Kem Latihan yang dikendalikan bekas jurulatih judo Sarawak K.Thevaraj.

Kem latihan itu akan menghimpunkan atlet judo junior dan senior sebagai menghadapi kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan yang berlangsung tahun ini selain Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan.

Advertisement