KUCHING: Uni t Ko- Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) baru-baru ini menganjurkan klinik petanque untuk memberi pendedahan kepada pensyarah, pegawai pengurusan dan pegawai operasi tentang permainan itu.
Pegawai Penyelaras Klinik Abang Kamarudin Abang Zaini berkata, ia merupakan platform untuk menarik minat staf IPGKTAR menceburi sukan yang masih baharu itu.
Seramai 30 kakitangan IPGKTAR merangkumi 24 lelaki dan enam wanita menyertai klinik tersebut.
Abu Bakar Udin dijemput sebagai fasilitator untuk membimbing peserta klinik pada kali ini.
Klinik itu mendedahkan peserta dengan pembelajaran secara teori di dalam kelas dan praktikal di gelanggang petanque IPGKTAR yang siap 31 Disember lepas.
Kebanyakan peserta kini sudah memiliki bola petanque sendiri dan berminat untuk menceburi sukan berkenaan.