Anda di sini

SMK Sebauh unggul pada hoki MSSB Bintulu

Advertisement

JUARA: SMK Sebauh yang menjuarai pertandingan hoki lelaki menerima hadiah berupa
piala daripada Pengetua SMK Bintulu, Ananthan Subramaniam (enam kiri).

BINTULU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh menjuarai kategori lelaki dan perempuan Pertandingan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian (MSSB) Bintulu di sini, baru-baru ini.

Manakala naib juara masing-masing disandang oleh SMK Kidurong (lelaki) dan SMK Bintulu (perempuan).

Kedudukan tempat ketiga pula masing-masing menjadi milik SMK Bintulu (lelaki) dan SMK Asyakirin (perempuan).

Diikuti tempat keempat dirangkul oleh SMK Tatau masing-masing untuk kategori lelaki dan perempuan.

Dengan berakhirnya pertandingan itu, seramai 16 pemain lelaki dan 16 perempuan dipilih untuk mewakili Bintulu ke pertandingan sama peringkat negeri di Kota Samarahan pada April depan.

Pertandingan itu anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, SMK Bintulu dan SK Asyakirin.

 

Advertisement