Anda di sini

India kerah empat kapal perang

Advertisement

NEW DELHI: Tentera Laut India telah mengerahkan empat kapal perang – IN Ships Satpura, Sahyadri, Saryu dan Batti Malv di Teluk Benggala, Laut Andaman dan bahagian barat Kepulauan Andaman untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Serentak itu, pencarian ekstensif dari udara juga dijalankan melibatkan sebuah P 8I dengan pod Electro Optics/Infra Red (EO/IR), sebuah pesawat Hercules C 130J (dari tentera udara India) dan sebuah pesawat Dornier, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan semalam.

Selain itu, sebuah P 8 I bersama sebuah pesawat Hercules C 130J ditugaskan ke Malaysia untuk pencarian itu. — Bernama

Advertisement