Anda di sini

DBKU tangani pemanasan global

Advertisement

SOKONG USAHA KAMI: Abang Abdul Wahap (tengah), Dr Saadiah (empat kiri) dan Gabriel (enam kanan) merakam kenangan bersama kakitangan DBKU dan pihak penganjur program selain turut menunjukkan kain rentang mengenai program anjuran DBKU pada 29 Mac ini.

KUCHING: Dewan Ban-daraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjur program ‘Earth Hour’ kali ketiga pada Sabtu, 29 Mac ini di Padang Merdeka, di sini.

Menurut Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap, program tersebut adalah usaha DBKU meng-ajak seluruh warga kota agar menyahut seruan World Wildlife Fund (WWF) untuk menangani isu pemanasan global.

“Saya mahu mengajak warga kota untuk bersama-sama menyahut seruan WWF yang mula memperkenalkan program ‘Earth Hour’ ini sejak 2007 dalam mengurangkan pemanasan global kesan rumah hijau serta penggunaan tenaga dan sumber yang berlebihan.

“Program ini mengajak orang ramai untuk memadam lampu selama satu jam yang diadakan serentak di seluruh dunia bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 29 Mac ini,” ujarnya.

Beliau berkata, ia juga bertujuan mendidik warga kota untuk meningkatkan kesedaran manusia sejagat berkenaan isu pemanasan global yang boleh membawa keburukan kepada bumi.

“Kita akan memadamkan lampu selama satu jam bagi menyokong usaha ini ter-utama untuk mengurangkan pemanasan global bumi dan saya berharap agar semua masyarakat termasuk pemilik premis di sekitar bandar ini untuk sama-sama turun padang dan menyertai program ini,” katanya.

Menurut beliau, program tersebut dijangka akan di-rasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada jam 7 malam, juga di Padang Merdeka.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program ‘Earth Hour’ di pejabatnya, di sini semalam.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti sampingan diadakan pada hari yang sama seawal jam 6.45 pagi.

Ia merangkumi aktiviti se-namrobik yang akan diadakan di Padang Merdeka, acara sukan dan rekreasi, pertan-dingan mewarna, melukis, permainan tradisional, sesi cabutan bertuah, persembahan ‘busking,’ pertandingan pertunjukan fesyen 3R, pertandingan bercerita dan banyak lagi.

DBKU juga menganjurkan sesi taklimat mengenai ‘Low Carbon’ bertujuan memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai keburukan pelepasan karbon ke udara yang turut mengakibatkan pemanasan global.

Bagi memeriahkan lagi hari berkenaan, DBKU dengan kerjasama Kelab Rekreasi Berbasikal Kuching (KOOCH) mempromosi Kempen ‘Let’s Share The Road.’

Kempen itu menyasarkan penglibatan 1,000 peserta dalam dua kategori berbasikal iaitu Perlumbaan ‘Folding Bike’ dan ‘Fixie Bike’ sejauh 28 kilometer di sekitar bandar raya ini.

Para peserta perlumbaan akan berkumpul di Padang Merdeka untuk mendengar taklimat kayuhan pada jam 2.30 petang sebelum dilepaskan dalam acara ‘Flag Off’ pada jam 4.30 petang bermula di hadapan Pusat Beli-Belah Plaza Merdeka.

Justeru, seluruh warga kota dialu-alukan untuk memeriahkan lagi acara yang telah disediakan sepanjang 29 Mac kelak.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam menerusi talian 082-446688 (sambu-ngan 323/314) atau Bahagian Perhubungan dan Pembangunan Komuniti (CRD) DBKU di 082-446688 (sambungan 131/132).

Hadir sama pada sidang media itu Pengarah DBKU Dr Saadiah Abdul Samat dan Pengerusi KOOCH Gabriel Hii.

Advertisement