Anda di sini

DAP Tasik Biru cabar BN bina jambatan di Kampung Selampit

Advertisement

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Tasik Biru mencabar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut mencari jalan penyelesaian untuk membina jambatan di Kampung Selampit di Daerah Lundu.

Pengerusinya Mordi Bimol berkata, beliau mencabar Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru dan ADUN Opar iaitu Datuk Peter Nansian Ngusie dan Ranum Mina untuk memulakan projek itu dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Saya cabar mereka kerana tidak ada apa dilakukan untuk jambatan ini sehingga sekarang biarpun projek ini dijanjikan dan diluluskan pada 2003.

“Projek ini agak lama dan lebih 10 tahun tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat sebarang jambatan,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan jambatan tersebut menyebabkan penduduk dua kawasan kampung menggunakan sampan untuk menyeberang sungai yang mana setiap orang dikenakan caj 30 sen manakala 70 sen untuk motosikal.

“Sampan beroperasi hingga jam 10 malam dan sekiranya ada penduduk hendak menggunakan perkhidmatan ini maka mereka perlu membayar lebih,” ujarnya.

Advertisement