Anda di sini

USPTN beri pendedahan awal kepada atlet baharu

Advertisement

KUCHING: Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dengan kerjasama persatuanpersatuan sukan negeri telah menganjurkan Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Borneo Siri 01/2014 dari 14- 16 Mac lalu bertempat di Kuching.

Ia melibatkan penyertaan seramai 185 atlet dari Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bersaing dalam enam acara iaitu akuatik (terjun), angkat berat, memanah, menembak, olahraga dan tinju.

Antara lain, objektif kejohanan tersebut adalah untuk memberi pendedahan awal kepada atlet-atlet baharu di bawah program pelapis negeri merasai pengalaman menyertai kejohanan.

Ia perlu agar mereka tidak akan berasa gugup apabila menyertai kejohanan yang lebih tinggi di peringkat negeri dan kebangsaan kelak.

Selain itu, ia juga merupakan salah satu pelan strategik dalam program pembangunan atlet pelapis negeri Sarawak.

 

Advertisement