Anda di sini

Rumah musnah terbakar di Kg Pengaraban

Advertisement

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

KUDAT: Sebuah keluarga tepaksa tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pengaraban, di sini.

Insiden kira-kira jam 9.30 pagi Selasa lalu itu membabitkan sebuah rumah kayu dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketua Balai Bomba Kudat Jasri Abdul Jal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 9.41 pagi dan dua jentera dengan kekuatan 11 anggota digegaskan bagi operasi memadamkan kebakaran.

“KIta berjaya mengawal kebakaran padajam 9.57 pagi dan api padam sepenuhnya pada jam 10.57 pagi.

“Kebakaran ini membabitkan sebuah rumah kayu dan sewaktu operasi itu, kita mempunyai sedikit kesukaran berikutan keadaan kediaman di situ amat berdekatan.

“Bagaimanapun, hasil ketangkasan anggota kita operasi berjaya ditamatkan pada jam 10.58 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu,” katanya sambil menambah, punca serta jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, Jasri turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati berikutan keadaan cuaca panas di mana kemungkinan berlakunya insiden kebakaran adalah tinggi.

“Di samping itu hendaklah sentiasa memastikan keadaan pendawaian elektrik di dalam rumah berada dalam keadaan baik,” katanya.

Advertisement