Anda di sini

PKR mahu berjuang bagi keperluan jangka panjang pengundi Balingian

Advertisement

MUKAH: Dengan slogan ‘Keadilan Untuk Balingian’, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap untuk berjuang bagi keperluan jangka panjang peng-undi Balingian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Naib Presiden PKR Negeri See Chee How berkata peng-undi Balingian tidak akan terpengaruh dengan kata-kata manis Barisan Nasional (BN) kerana apa yang rakyat mahu adalah kemudahan jangka panjang seperti pembinaan SMK Balingian dan SK Tel-lian, penyediaan air bersih dan keselamatan hak milik tanah.

Selepas mendengar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muh-yiddin Yassin  akan melawat SK Kampung Tellian tidak lama lagi, Pengarah Operasi PKR DUN Balingian itu gembira dengan kemajuan kempen parti pembangkang yang telah mula mendapat perhatian kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Beliau juga percaya bahawa calon PKR Abdul Jalil Bujang akan menjadi calon yang lebih baik.

“Kita cuba Jalil kerana Jalil dapat membantu menyuarakan isu-isu tempatan yang dihadapi rakyat,” katanya.

Sementara itu, PKR meng-adakan ceramah pertama di sini pada petang Selasa di pekarangan pusat gerakan parti itu di Boulevard Setia Raja, Mukah.

Penceramah Pakatan Rakyat dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak datang untuk me-nyampaikan ceramah kepada pengundi mengenai isu-isu seperti sekolah, kekurangan pembangunan dan infrastruktur, tadbir urus lemah, rasuah berleluasa, kebebasan kehakiman serta isu tempatan dan isu nasional.

Kemuncak ceramah disampaikan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu dan dihadiri kira-kira 300 penduduk Mukah.

Beliau berkata kemenangan PKR (jika menang) memang tidak akan mengubah kerajaan Sarawak tetapi ia boleh digunakan sebagai pengajaran kepada kerajaan BN untuk terus berjuang demi rakyat.

Advertisement