Anda di sini

Pengambilan pelajar di Masterskill Global College Kuching kini dibuka

Advertisement

BERKEMBANG: MGC Kuching menawarkan empat program diploma iaitu Teknologi Makmal Perubatan, Fisioterapi, Kesihatan Alam Sekitar dan Pengurusan Penjagaan Kesihatan serta satu program asas iaitu Sains Kesihatan.

KUCHING: Pengambilan pelajar bagi pengajian Teknologi Makmal Perubatan, Fisioterapi, Kesihatan Alam Sekitar dan Pengurusan Penjagaan Kesihatan di Masterskill Global College (MGC) Kuching untuk sesi April 2014 kini dibuka.

Ketika ini, kolej berkenaan menyediakan empat program diploma dan satu pengajian asas dalam Sains Kesihatan.

Kesemua program ini boleh dilanjutkan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di kampus induk iaitu Asia Metropolitan University, Cheras.

Fisioterapi merupakan antara bidang yang cepat berkembang dalam industri penjagaan kesihatan di Sarawak.

Ini disebabkan bidang kerjaya fisioterapi luas dan menjanjikan masa depan cerah.

Selepas tamat pengajian, pemegang Diploma Fisioterapi ditempatkan di pelbagai hospital swasta dan awam.

Mereka juga boleh memiliki klinik pemulihan sendiri.

Selain itu pakar fisioterapi boleh memilih untuk bekerja dalam bidang sukan, gimnasium dan sebagainya.

Manakala pakar teknologi makmal yang dikeluarkan oleh MGC Kuching dilatih secara profesional yang mengambil berat terhadap diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit menerusi penggunaan pelbagai ujian makmal klinikal.

Diploma dalam Teknologi Makmal Perubatan ditawarkan MGC Kuching akan memberi pelajar pengetahuan kukuh dalam sains dan pelbagai disiplin dalam diagnosis.

Kesihatan Alam Sekitar (EH) pula memfokus kepada kajian alam sekitar dan bagaimana perubahan di persekitaran kita boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Graduan Diploma Kesihatan Alam Sekitar mempunyai kriteria utama atau asas untuk dilantik sebagai Pembantu Pegawai Kesihatan Awam Gred U29 dalam sektor kerajaan.

MGC Kuching dengan bangga memperkenalkan personal EH yang berkemahiran serta berdaya saing kerana pelajar diberi banyak peluang melaksanakan kerjakerja praktikal kerana mereka diberi masa selama lapan bulan sepanjang tiga tempoh pengajian.

MGC Kuching memberi biasiswa 100 peratus kepada pelajar yang memperoleh enam A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 50 peratus biasiswa untuk pelajar lima A dan 70 peratus kepada pelajar memperoleh empat A dan ke bawah.

Bagaimanapun, biasiswa hanya diberikan pelajar aliran sains.

Pengajian asas dalam Sains Kesihatan merupakan program awal yang memberi pelajar pemahaman mendalam mengenai sains kesihatan.

Program ini direka khas untuk mempersiapkan pelajar untuk mengikuti MBBS, farmasi dan kesihatan bersekutu.

Pemohon berminat boleh menghubungi 082-688777 atau kunjungi MGC Kuching di Lot 51, Blok 218 KNLD, Jalan Batu Kawa/Jalan Stapok untuk pendaftaran dan temu bual segera.

Orang ramai juga boleh mengunjungi Pameran Pendidikan Antarabangsa Borneo Post (BPIEF) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 22 dan 23 Mac ini, 10 pagi hingga 6 petang.

Advertisement