Anda di sini

Najib berbincang dengan menteri dan pegawai kanan

Advertisement

MASIH MENCARI: Najib (tengah) diberi taklimat khas oleh Panglima Angkatan Tentera General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (dua kiri) berhubung operasi mencari pesawat MH370 di pejabatnya di bangunan Parlimen di Putrajaya, semalam. Turut hadir Hishammuddin (kiri), Anifah (kanan) dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri dan pegawai kanan yang berkenaan mengenai kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

“Berbincang mengenai pencarian MH370 dengan (Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein dan (Menteri Luar Datuk Seri) Anifah Aman pagi ini (semalam).

“Turut hadir untuk memberikan penjelasan mengenai kawasan pencarian kita – yang telah diperluaskan kepada 2.24 juta batu persegi – ialah panglima angkatan tentera Malaysia, panglima tentera udara, polis, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS (Malaysia Airlines),” kata Najib dalam catatan terbaharu Facebook-nya. — Bernama

Advertisement