Anda di sini

BCCK sumbang RM1,595 kepada Sarawak Cheshire Home

Advertisement

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Eric Van Piggelen menyampaikan cek bernilai RM1,595 kepada Kho Soon Kheng bagi pihak Sarawak Cheshire Home baru-baru ini.

Sumbangan itu dikumpul semasa Promosi Bufet Krismas Isthmus di The Raintree Restaurant, BCCK yang diadakan pada Disember tahun lepas.

Semasa majlis penyerahan sumba-ngan itu, Piggelen meluahkan rasa berterima kasih kepada pelanggan yang menikmati bufet sempena Krismas lepas atas sumbangan mereka.

“Sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat BCCK, kami berjanji untuk menyumbang RM5 bagi setiap harga bufet Krismas dan sokongan pelanggan kami telah menjadikan ikrar kami ini berjaya.

“Oleh itu saya sangat gembira kerana kami berjaya mengumpul sejumlah ini dan tidak sabar untuk mengulanginya semula tahun depan,” katanya.

Beliau menambah, sokongan orang ramai menjadikan sumbangan ini lebih bermakna dan pada masa sama BCCK sentiasa bekerjasama dengan badan-badan kebajikan bagi tujuan tersebut.

“Kami tahu sumbangan ini akan membantu Sarawak Cheshire Home terus melaksanakan tangggungjawabnya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penghuninya, “ tambahnya.

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada rumah kebajikan itu boleh menghubungi Kho di talian 082-429 410 atau laman sesawang http://www.cheshiremalaysia.org/sarawak/.

Advertisement