Anda di sini

Utamakan keperluan OKU, warga tua dalam pembinaan bangunan: Wahap

Advertisement

KUCHING: Bengkel Audit Akses Dalam Persekitaran Alam Bina adalah satu strategi meningkatkan kesedaran orang ramai dan profesional dalam industri pembinaan untuk menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) dan warga tua.

Datuk Bandar Dewan Banda-raya Kuching Utara (DBKU) Datuk Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, peserta industri mesti sentiasa mengutamakan keperluan kumpulan itu kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada masyara-kat.

“Pembangunan progresif di Malaysia harus mengambil kira keperluan golongan yang kurang mampu dengan menyerap prinsip-prinsip reka bentuk universal dalam perancangan pembinaan mereka,” katanya ketika merasmikan bengkel di sebuah hotel di sini semalam.

Bengkel dua hari (berakhir hari ini) adalah anjuran bersama DBKU, Standards Malaysia dan KAED Unit Reka Bentuk Universal dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Abang Wahap berkata, bengkel itu akan memperkenalkan pelaksanakan konsep rekaan bangunan bebas halangan yang akan turut memberi manfaat kepada warga tua.

“Bengkel ini turut mendidik peserta mengenai contoh projek bangunan sedia ada bagi menye-diakan penilaian bagi yang menggunakan kerusi roda, masalah penglihatan, masalah pendengaran dan yang berjalan menggunakan tongkat,” katanya.

Beliau berkata, bengkel seumpama itu pertama kali diada-kan pada 2011.

Katanya DBKU telah melakukan audit dalaman di beberapa lokasi seperti Taman Resevoir, Pusat Penjaja Aneka Rasa, Tandas Awam Satok dan Pusat Khidmat DBKU Satok.

Bagi bengkel ini katanya, lima lokasi akan diaudit seperti Esplanade Kuching, Ibu Pejabat DBKU, kedai-kedai di Jalan Main Bazaar, pusat beli-belah Wisma Satok dan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak).

Beliau turut memberitahu, DBKU akan menggunakan reka bentuk bangunan yang mengikut keperluan golongan yang kurang mampu dalam projek-projek masa depan.

“Kami turut menggalakkan pemilik-pemilik pusat beli-belah, premis makanan, pejabat, bank dan pusat ibadat untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sedimikian bagi keselesaan orang kurang upaya, warga tua dan wanita mengandung,” katanya.

Advertisement