MELAKA: Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap pertuduhan menyebabkan kematian bayi yang baharu dilahirkannya pada Disember tahun lepas.
Pelajar itu berumur 17 tahun 11 bulan ketika kejadian didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Batang Tiga, Bukit Rambai di sini pada 8 malam, 23 Dis 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 April untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifl I Stork. — Bernama