Anda di sini

Majlis umum keputusan SPM 2013 Sarawak esok

Advertisement

KUCHING: Jabatan Pendidikan Sarawak (JPS) akan mengadakan majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 peringkat negeri Sarawak, Khamis ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abdillah Adam berkata majlis akan diadakan bermula jam 10 pagi di Auditorium JPS, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya.

“Laporan terperinci analisis keputusan SPM 2013 peringkat negeri Sarawak akan diedarkan kepada semua petugas media selepas majlis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, semalam.

Menurut beliau pada majlis yang sama, acara penyampaian slip keputusan dan sijil kepada kepada calon-calon cemerlang SPM 2013 akan turut diadakan.

“Majlis penyampaian slip keputusan dan sijil akan disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah,” katanya. — Bernama

Advertisement