Anda di sini

Johnny serap tiga pemain baharu

Advertisement

KUCHING: Skuad Piala Presiden Sarawak akan membawa masuk tiga pemain baharu dalam usaha menghidupkan peluang mereka dalam saingan liga yang telah memasuki pusingan kedua.

Ketua Jurulatih Johnny Dominicus berkata ketigatiga pemain itu akan diserap sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac ini.

“Nama ketiga-tiga pemain tersebut sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Kesemua mereka berasal dari Kuching dan akan bermain di posisi penyerang, tengah dan pertahanan,” menurut Johnny semalam.

Katanya, kehadiran pemain baharu itu diharap dapat memperkuatkan skuadnya terutama di posisi penyerang yang dilihatnya masih belum mantap.

Pada masa sama, Johnny turut menyambut baik peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan membenarkan dua pemain senior mewakili skuad Piala Presiden.

“Saya melihat langkah ini cukup baik kerana kita sangat memerlukan pemain yang berpengalaman untuk membimbing pemain yang masih baharu.

“Kehadiran pemain senior pastinya dapat menyemarakkan pemain muda untuk memperagakan permainan yang lebih menarik selain menjadikan mereka lebih yakin dan matang.

” Sarawak akan menurunkan Daglish Papin Test dan Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh pada perlawanan menentang Kedah pada Khamis ini di Stadium Darul Aman.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut, Johnny optimis skuadnya mampu melakar kejutan ke atas skuad yang membenam mereka 0-4 pada perlawanan pembukaan di Stadium Negeri pada Januari lalu.

“Kita sedar kepincangan dalam skuad dan telah berusaha untuk menampung segala kecacatan tersebut.

“Pemain juga mula menyedari kelemahan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki corak permainan masingmasing,” katanya.

Katanya, keputusan seri pada tiga perlawanan terakhir jelas membuktikan prestasi skuad tersebut semakin baik.

Sarawak masih menghuni tangga kesembilan dalam Kumpulan A dengan enam mata hasil dari satu kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Pe r l awanan Sa r awa k seterusnya menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Khamis depan.

 

Advertisement