Anda di sini

251 PTI ditahan dalam Ops Tanduk

Advertisement

ANTARA PTI yang ditahan dalam Ops Tanduk berkenaan.

KOTA KINABALU: Seramai 251 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam Ops Tanduk yang dilaksana Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini kelmarin.

Operasi yang dilakukan selama dua hari itu menyasarkan serbuan ke atas beberapa premis perniagaan, penempatan setinggan serta tapak pembinaan di kawasan pusat bandar dan daerah Penampang.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi PPKP Sabah dan Labuan Deputi Superintenden Annuar Ali, operasi berkenaan melibatkan seramai 100 anggota.

“Kita berjaya menahan 251 PTI dengan 247 daripadanya adalah warganegara Filipina manakala warganegara Indonesia hanya empat orang.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia 2 hingga 57 tahun itu akan dibawa ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Papar untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 1959/63 (pindaan 2002) Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, selain PPKP agensi lain yang terlibat dalam Ops Tanduk kali ini adalah Imigresen, polis, Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Advertisement