Anda di sini

Taktik ‘tanpa penyerang’

Advertisement

ALBERTS

Sarawak terus guna taktikal baharu mengharungi cabaran Liga Super

KUCHING: Taktikal baharu tidak menggunakan penyerang akan terus digunakan oleh skuad Sarawak untuk bersaing sekali gus mencabar kejuaraan pada saingan Liga Super mus im ini.

Ketua jurulatihnya , Robert Alberts berkata kemenangan 3-1 ke atas Lions XII Sabtu lalu membuktikan taktikal tersebut membuahkan hasil.

Beliau berharap anak-anak buahnya akan meneruskan persembahan menarik ketika bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu ini menentang Pahang.

Ketika ini, Milorad Janjus dan Muamer Salibasic masih dibelenggu kecederaan manakala Alireza Abbasfard sukar untuk mengadaptasi suasana permainan liga di Malaysia.

Penyerang tempatan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula masih belum cergas sepenuhnya dan tidak mampu beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Kita memang tidak mahu bermain tanpa penyerang setiap masa, namun selepas perlawanan malam itu (menentang Lions XII), taktikal baharu (tanpa penyerang) ternyata membuahkan hasil.

“Pemain juga dilihat lebih bekerjasama untuk mencacat kemenangan dalam perlawanan,” katanya.

Krisis penyerang yang melanda Sarawak dijangka berakhir dengan ketibaan Ryan Rriffiths minggu depan yang menandatangani kontrak dua tahun.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, Sarawak kini berada di tangga ketiga selepas mengutip 12 mata.

Pendahulu liga, Terengganu kini berkongsi mata dengan Kelantan dengan 13 mata namun skuad Penyu masih memiliki baki satu perlawanan.

Advertisement