Anda di sini

Shafiludin merangkul trofi Muaythai Summer Mall

Advertisement

JUARA: Shafiludin (dua kanan) menerima hadiah daripada pihak penganjur. Turut kelihatan (dari kiri) Mike, Lee dan Sulaiman.

KUCHING: Shafiludin Nordin yang mewakili Kelab Muaythai SS Fighters merangkul trofi Kejohanan Muaythai Summer Mall yang berlangsung di kompleks membeli-belah tersebut Ahad lalu.

Menang perlawanan akhir berdasarkan keputusan juri, Shafiludin mengalahkan Hunsson Kanyan dari Kelab Muaythai Kenyalang untuk muncul juara.

Tempat ketiga dikongsi bersama Muhd Zulkamal Ahmad dari Kelab Muaythai Polycap Sim Bintulu dan Padrick Obrion Ronyeh (Kelab Muaythai Lundu).

Pasukan lain yang mengambil bahagian termasuk Kelab Muaythai Kenyalang, Kelab Muaythai SS Fighters Petra Jaya, Kelab Muaythai SS Fighters Muara Tuang dan Kelab Muaythai KPS Petra Jaya.

Selain itu, Kelab Muaythai Bintawa, Kelab Muaythai Lundu, Kelab Muaythai Bintulu Polycap Sim dan Kelab Muaythai Bintulu Sebiew Kenyalang.

Kejohanan tersebut dianjurkan Persatuan Muaythai Kuching (PMK) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pembangunan Sosial (KPS).

Timbalan Presiden PMK, Sulaiman Salleh berkata sebanyak tiga kategori dipertandingkan merangkumi Kategori A (full contact Professional), Kategori B (superfight with matching weight and other criteria) dan Kategori C (youth amateurs).

“Seramai 65 peninju dari pelbagai kelab muaythai berdaftar di negeri ini menyertai kejohanan itu,” katanya.

Hadiah disampaikan Datuk Lee Chee Fui, Sulaiman dan wakil penaja jam kejohanan, WK TIME Mike Choy.

Peninju pilihan dar i Kumpulan C akan mewakili Sarawak ke Kejohanan Amatur IMFA di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada penghujung bulan ini.

Advertisement