Anda di sini

Perompak bertopeng curi rokok dan wang bernilai RM800

Advertisement

PENAMPANG: Sebuah kedai serbaneka 24 jam di sini mengalami kerugian kira-kira RM800 selepas dimasuki oleh seorang perompak bertopeng yang bersenjatakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Ratan Kumar Singh berkata, perompak terbabit melarikan rokok dan wang tunai.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kes berkenaan termasuklah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu untuk mengenal pasti suspek.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.25 pagi pada Jumaat lepas di kedai serbaneka 24 jam di Jalan Penampang.

Ketika kejadian katanya, dua pekerja kedai terbabit terkejut selepas suspek memasuki premis itu dan mengacukan pisau ke arah mereka.

Suspek dikatakan meminta kedua-dua pekerja itu memberikannya rokok dan wang tunai sambil mengugut menggunakan pisau.

Selepas memperolehi barangan terbabit, suspek segera bertindak melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton.

Ratan berkata, sebaik saja suspek melarikan diri, pekerja berkenaan segera menghubungi polis.

Advertisement