Anda di sini

Pasukan Perubatan muncul juara bola sepak MAKSAK

Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Perubatan muncul juara kejohanan Bola Sepak Lelaki MAKSAK Sarawak Antara Kelab Gabungan 2014 selepas mengalahkan UiTM Sarawak 2-0 di Stadium UNIMAS semalam.

Dua gol Perubatan dijaringkan Paul Sambang dan Zamri Dollah.

Biarpun membariskan pemain terbaik termasuk bekas pemain Sarawak, Mohd Fareez Tukijo, UiTM buntu untuk merobekkan gawang Perubatan.

Tempat ketiga masingmasing dikongsikan pasukan LANDAS dan Muzium.

Pada perlawanan separuh akhir, Perubatan mengalahkan LANDAS dengan 1-0 manakala UiTM mengenepikan Muzium dengan jaringan besar 5-0.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datu Dr Zulkifli Jantan melahirkan rasa gembira dengan kejayaan pasukannya merangkul kejuaraan tersebut.

“Kami tidak mempunyai padang sendiri untuk berlatih. Namun, setiap pemain menunjukkan komited untuk menang dan berlatih di gelanggang luar.

“Kemenangan ini amat menggembirakan semua warga Jabatan Kesihatan,” katanya bangga.

Pasukan lain yang turut mengambil bahagian termasuk JKR, Pendidikan, IADA, UNIMAS, Kastam, Pertanian, SEB, LKIM, PUSTAKA, R&DO, Kuport dan LCDA.

Advertisement