Anda di sini

Kejohanan wushu, tang soo do antara sekolah pada 12-13 April

Advertisement

MIRI: Persatuan Wushu Bahagian Miri menganjurkan kejohanan wushu dan tang soo do antara sekolah julung kali pada 12 dan 13 April ini di Kompleks Membeli-belah Boulevard di sini.

Pengerusinya, Tiong Ching Chiong berkata seramai 400 peserta dari lebih 20 sekolah di sini telah mengemukakan borang penyertaan mereka.

‘Saya berpuas hati kerana semakin ramai orang muda berminat dalam sukan ini dan terlibat aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Menurut beliau, sebahagian besar peserta iaitu 300 orang akan terlibat dalam pertandingan ini.

Beliau menambah, semakin ramai pelajar bukan kaum Cina juga berminat mempelajari seni mempertahankan diri tang soo do berbanding wushu kerana mudah dipelajari.

“Untuk kategori tang soo do, lebih 22 sekolah rendah dan menengah di sini akan mengambil bahagian, “ jelas Tiong.

Katanya, persatuan terbabit akan terus mengasah dan mencari atlet-atlet baharu wushu menerusi pertandingan untuk mewakili Miri pada kejohanan wushu antara sekolah peringkat negeri di Kuching.

Dalam pada itu, atlet tang soo do terbaik kejohanan ini mewakili Miri ke kejohanan tang soo do peringkat kebangsaan di Teluk Intan, Perak pada September nanti.

Advertisement