Anda di sini

Jom sertai aksi badminton anjuran Persatuan Kayan

Advertisement

MIRI: Etnik kaum Kayan di Sarawak terutamanya di Miri dijemput menyertai Pertandingan Badminton Persatuan Kayan Sarawak Miri 2014 pada 18 hingga 20 Mac depan di Tung Sports Padang Kerbau Miri.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Badminton PKS Miri 2014, Daniel Jok berkata pertandingan itu hanya terbuka kepada etnik Kayan sama ada ibu atau bapa atau isteri atau suami kepada mana-mana etnik Kayan boleh menyertai pertandingan ini.

Beliau berkata kategori dipertandingkan seperti beregu lelaki terbuka, beregu lelaki veteran 50 tahun ke atas, beregu lelaki junior bawah 15 tahun, beregu wanita terbuka, beregu wanita junior bawah 15 tahun, beregu campuran terbuka, beregu campuran veteran 50 tahun ke atas lelaki dan 45 tahun ke atas wanita serta beregu campuran junior.

“Pertandingan ini bagi memupuk hubungan baik kalangan peserta selaras dengan objektif PKS Miri menjadi badan memelihara, melindungi aspek politik, sosial, ekonomi dan budaya suku kaum Kayan agar menjadi lebih baik dan setanding dengan etnik-etnik lain di Malaysia,” katanya.

Yuran penyertaan adalah RM20 satu regu untuk setiap kategori.

Borang pendaftaran hendaklah dihantar kepada urus setia sebelum pada 21 April depan.

Beliau memberitahu, sistem pertandingan dijalankan secara ‘double knock out’.

Hadiah menarik menanti pemenang setiap kategori.

Pertandingan ini dijangka dirasmikan Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagi yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 012-8731514, atau Mathew Silek di 013- 8377971, Larry Anyie di 012-8788133, Benjamin Ding di 010-5994162 dan Sylvester Luhat di 019- 8849946.

Advertisement